Khamis
Setiap hari fikiran melayang.
Fikir bila habis diploma nanti nak sambung belajar manaaa (Final exam awal
bulan tiga nanti) Berapa banyak masa habiskan untuk fikir pun tak tahu la. Masa
tu sepatutnya untuk get ready final. *sigh*
No, aku tak boleh macam ni.
Aku kena buat keputusan dan hala matlamat aku ke sana. Bila asyik fikir macam
ni, membazir masa je.
Aku menyesal sebab aku lambat
pick up belajar sebelum ni. Kadang-kadang terdetik menyesal masuk diploma sebab
aku ada pilihan terhad nak sambung ke mana. Tapi Allah dah kata, setiap apa
yang berlaku ada hikmah. So, aku redha dan tawakal inshaAllah. Masa yang
tinggal aku cuma boleh berusaha.
Ada dua yang menjadi konflik.
Pertama, nak belajar dalam negara or
luar negara. Kalau ikut hati dan impian, mestilah aku teringin nak belajar kat
tempat tumpah darah aku, Mesir. Dan untuk memenuhi impian abi umi Aku rinduuuu
sangat tempat tu. Perasaan nak ke sana ibarat seorang ibu merindukan anaknya.
Kalau aku pergi dengan diploma, aku hanya boleh amek kos qiraat. Kos
qiraat hanya selama tiga tahun (kalau lulus). Aku kurang minat qiraat. Untuk
masuk ke kuliah lain, aku perlu tambah satu tahun untuk ambil STAM kemudian
kalau aku tak lepas imtihan qabul, akan dihantar ke pusat bahasa selama setahun
sebelum aku dapat masuk ke kuliah. Dua tahun + empat tahun kuliah jadi enam
tahun!
Okay, belajar memang sampai
mati. Tahun pengajian bukan perkara utama yang aku risaukan. Kahwin? Abi umi
pun tak kisah kalau nak kahwin masa belajar. Apa yang aku tak sanggup ialah
tinggalkan abi umi selama enam tahun. Tak sanggup nak tengok abi kerja tanggung
kakak. Kakak nak abi rehat, umi rehat je. Nak abi umi rileks di rumah. Pergi
melancong, shopping, tuntut ilmu. Itu je. Belajar di Malaysia, boleh tolong
ringankan semua kerja abi umi. Kakak tengok abi umi penat sangat-sangat kerja.
Takpelah, nanti paksa adik belajar Mesir. Setiap kali musim syita' aku bawa abi
umi terbang melawat adik. Two in one. HAHAHAHA.
Belajar di Malaysia pun ada
konflik dia.
Konflik nak belajar kat mana jugak. Kebanyakan universiti di Malaysia tak bagi
kemudahan pengecualian kredit jam kepada pelajar diploma lebih -lebih lagi
diploma kami. So kena masuk kuliah selama empat tahun TTT.TTT Ada tempat yang
tempoh belajar tiga tahun je. Tapi itupun ada beberapa masalah. Tapi takpelah
itu nanti difikirkan kemudian.
Pening fikir.
Akhirnya, apakah pilihan aku?
Lot of love, Asiah.
No comments :
Post a Comment