18 Mac 2016
Jumaat
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah tak percaya cepat betul masa berlalu. Bulan tiga pun dah nak habes. Semakin besar semakin cepat masa berlalu, kan?
Esok, dah nak balik Terengganu. Menyambung sisa exam yang masih berbaki. Tinggal empat subjek je lagi. Allahumma yassir wa la tu'assir. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.
Minggu lepas memang agak mengerikan aku. Exam tahriri aku, jawab entah pape je. yang boleh jawab tu, jawab laa.. Yang tak boleh tu? Ya Allah festime aku rasa susah macam tu. Tak tahu boleh lulus ke tak hmm..
Mungkin Allah nak aku lebih kuat berdoa. Mungkin juga Allah nak aku lebih rapat denganNya. Atau mungkin Allah nak aku yakin dan bertawakal sepenuh jiwa raga pelusuk tubuh. Tak pun maybe Allah nak beri pengajaran pada aku bahawa Al-Quran ni adalah untuk penjagaan seumur hidup bukan macam biskut chipsmore kejap jaga kejap lupa.
Apapun, Allah is better planner. Even if kita dapat jawab sepenuh kertas tapi Allah tak izin tak guna juga. So tugas kita adalah berusaha jadi lebih baik, pandang ke depan bukan toleh ke belakang serta bertawakal kepada Allah.
----------------------------------------------
Tadi scroll jap post blog yang lama.
Banyak jugak yang dah terhazaf hehe.
Aku tak sangka aku yang tulis semua tu. Kebudak-budakkan, tak meced, nak kata putus fius pun ada haha tergolek-golek aku gelak tengok penulisan sendiri. Harap seiring dengan pertambahan tahun maka perangai aku lebih dewasa ;) InshaAllah.. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya ^^
No comments :
Post a Comment