Hari ini adalah hari yang penuh kesyukuran di Marjan Halal Mart! Alhamdulillah, saya sangat bangga dengan diri sendiri dan team saya atas segala usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan.
Latihan Team
Awal pagi tadi, saya sampai di pejabat dan terus rancang jadual seperti biasa. Salah satu agenda utama hari ini adalah melatih staf. Biasanya kalau latihan team selalu buat secara adhoc, tetapi hari ini saya berjaya khususkan masa untuk pastikan team mendapat latihan yang sepatutnya. Latihan kepada team amat penting bagi pembinaan team yang kuat dalam sesuatu kejayaan perniagaan. Hari ini, kami belajar cara-cara melabelkan produk yang telah dipacking. Sesi latihan berlangsung selama satu jam dari jam 4 hingga 5 petang. Alhamdulillah, dengan bantuan ChatGPT, saya berjaya menyiapkan draft SOP untuk latihan tersebut. Saya percaya SOP sangat penting supaya proses menjadi lebih lancar. Ini adalah satu pencapaianbagi saya.
Dalam jangka masa panjang, saya harap latihan ini akan menjadikan team lebih cekap dan pandai menguruskan bisnes walaupun saya tiada di sisi sepanjang masa. Dengan mengadakan latihan susulan secara berkala setiap minggu, mereka juga dapat menjadi team leader yang baik.
Penyediaan SOP
Dalam SOP tersebut, saya pastikan langkah-langkah yang dimasukkan adalah terperinci dan mudah difahami. Contohnya, langkah-langkah untuk pastikan setiap produk dilabel dengan betul, termasuk penggunaan printer yang betul dan prosedur yang perlu diikuti. Saya sendiri akan test SOP tu dulu dan minta pada team test juga supaya jika ada sebarang isu, kami boleh tambah baik pada masa akan datang bersama. Selain itu, mungkin akan ada sesi ulangan dan pemeriksaan berkala bagi memastikan semua team faham dan ikut SOP dengan betul. Jika ada perubahan, kami akan duduk berbincang untuk selaraskan semula.
Kemaskini Papan Hijau
Team saya juga menunjukkan inisiatif yang bagus. Mereka sedang mengemaskini papan hijau untuk diletakkan di depan kedai, dan kali ini, mereka menggunakan Canva untuk membuat reka bentuk yang lebih menarik berbanding hanya menulis dengan marker. Pada papan hijau tersebut, kami letakkan kategori produk utama dan beberapa senarai produk top yang selalu dicari pelanggan, berdasarkan data jualan produk. Marjan Halal Mart pasti akan kelihatan lebih meriah yang penuh dengan barang-barang dan saya rasa sangat gembira melihat perubahan ini. Papan hijau ini akan dikemaskini secara berkala dua kali seminggu.
Pengurusan Masa dengan TickTick
Sejak kebelakangan ini, saya sangat fokus untuk uruskan masa dengan lebih baik. Dulu, saya selalu rasa yang masa ni tidak cukup sedangkan semua orang diberi tempoh masa yang sama, walaupun saya seorang yang sentiasa menyusun jadual. Namun, setelah mendengar perkongsian dari Ustaz Umar tentang ciri-ciri orang berjaya yang menyusun masa dengan baik, saya mula 'trigger' dan mula menetapkan masa untuk semua perkara. Saya gunakan aplikasi TickTick untuk membantu uruskan tugas dan masa saya. Dalam TickTick, saya boleh asingkan tugas mengikut keutamaan menggunakan fungsi seperti Eisenhower Matrix. TickTick memang dicipta untuk uruskan semua aspek kehidupan kita dalam satu tempat, bermula dari task hingga calendar. Kita juga boleh ada daily view atau monthly view supaya kita boleh clarify apa yang kita nak buat seterusnya dengan lebih baik. Yang paling saya suka adalah fungsi pomo watch dalam TickTick. Ia sangat membantu saya untuk kekal fokus dan produktif. Dulu, tugas-tugas saya tidak disetkan dengan masa yang spesifik, tetapi sekarang setiap tugas mesti disetkan dengan masa yang tepat. Tanpa masa yang ditetapkan, tugas-tugas tidak boleh dilaksanakan dengan efektif. Hasilnya sangat positif. Jika anda seorang yang detail dan tersusun, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Tip penting: Susun dan kemaskini jadual anda setiap hari. Jadikan ia sebagai kebiasaan dan rutin harian.
Temuduga Calon Baru
Hari ini juga saya sempat mengadakan temuduga calon baru untuk team kami. Saya menggunakan ChatGPT sekali lagi untuk mencipta soalan tambahan bagi temuduga tersebut. Soalan-soalan ini membantu saya memahami potensi calon dengan lebih baik. Kebanyakan soalan berkisarkan tentang pengalaman lepas, bagaimana calon mengendalikan situasi, serta soalan tentang kebolehpercayaan, tanggungjawab, dan pengurusan masa. Penggunaan ChatGPT memang memudahkan kerja, tetapi kita perlu memahaminya dan memberikan maklumat yang tepat untuk mendapatkan jawapan yang terbaik.
Bagi saya, perkara paling penting ketika temuduga adalah sikap. Kalau seseorang itu pandai tetapi tiada sikap yang baik, ia lebih sukar diurus berbanding team yang kurang pandai tetapi mempunyai sikap yang baik dan sentiasa ingin belajar serta memperbaiki diri sendiri. Selain sikap, kebolehan untuk bekerja dalam pasukan dan kemahiran komunikasi yang baik juga sangat penting.
Biasanya orang yang datang temuduga akan berdebar, tetapi walaupun saya yang mengendalikan temuduga, saya yang berdebar - Hahaha. Saya juga merancang untuk menggunakan ChatGPT dalam bahagian lain proses pengambilan pekerja, seperti onboarding atau training.
Secara keseluruhan, hari ini adalah hari yang penuh produktiviti dan pencapaian. Saya sangat bangga dengan diri sendiri dan pasukan saya. Terima kasih kepada ChatGPT yang banyak membantu dalam memudahkan kerja-kerja harian kami. Saya berharap untuk terus melihat perkembangan positif ini di Marjan Halal Mart.
Lot of Love,
Asiah