Pages

Sahabat yang Baik

7 April 2013
24 Jamadilawal 1434 H
Hari Ahad

Bukannya senang mencari sahabat yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.

Sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya, sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya, sebaliknya sahabat yang baiklah paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.

Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, sahabat yang baik adalah orang yang menasihati sahabat baiknya membuat kebajikan.

Sahabat yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila sedih dan gembira, sahabat yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan,sahabat yang baik tidak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Sahabat yang baik tahu apa yang terbaik untuk sahabat baiknya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk sahabat baiknya di dunia dan di akhirat.

Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna, kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak menghargai sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya..

Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan selalu menyampaikan perkara baik kepada sahabat baiknya..

Sahabat yang baik akan memanjang naskhah ini kepada sahabat-sahabat bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suki tetapi untuk menjadikan pedoman untuk sahabat-sahabatnya supaya dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baiknya..

dan kalau kita nak sahabat yang baik, kita mesti lebih baik dahulu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita...

dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik dan mendapat sahabat baik yang baik... InsyaAllah <3 

Bersahabatlah dengan Al-Quran

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : "Al-Quran lebih disukai oleh Allah dari langit dan bumi dan segala isinya." 

Lihatlah betapa tinggi al-Quran di sisi Allah sehingga lebih istimewa daripada segala keindahan yang lain.

Jesteru, bagaimana sikap kita dengan al-Quran?

Rasulullah sangat menyukai para sahabatnya membaca al-Quran dan menggalakkan mereka dan kita semua umatnya agar memastikan dan memelihara rutin membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai makanan jiwa dan penguat serta menajamkan fikiran baginda. Ternyata al-Quran sangat memberi kesan kepada baginda. Baginda bukan sekadar membacanya dengan tenang, perlahan dan diselubungi kesedihan namun Baginda berusaha memahami dan merealisasikan perintah Allah dalam kehidupan.

Al-Quran ialah jalan keluar bagi segala masalah ini bertepatan dengan mafhum hadis Baginda s.a.w: "Rasulullah berkata kepada sahabat pada suatu hari: 'Akan berlaku fitnah.' Sahabat bertanya: 'Apakah jalan keluar daripadanya?' Nabi berkata: 'Kitabullah'.

Nota Hati : Bulatkan tekad dan kuatkan azam untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sejati.. :)

Kuasa senyum

Senyuman adalah sebuah sihir yang halal. Isyarat untuk menjalinkan persaudaraan, mukadimah bagi hati yang bersih serta risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan memadam api permusuhan. Senyuman juga mampu melepaskan tali kebencian, mengusir bisikan kedengkian, membersihkan kotoran kebencian dan mampu menghapus luka dalam hubungan bersaudara.

Hari yang sungguh indah :)

Saya tak tahu macam mana nak cakap.. Saya rasa, sangat bertuah memiliki abi dan umi. Betapa bahagianya saya bila saya melihat senyum dan tawa mereka.. Betapa manisnya kenangan tu bila bersama mereka. Entah la, saya harap saya akan hidup selamanya dengan mereka. Setiap hari, setiap masa, saya selalu minta dicium dan dipeluk daripada ibubapa saya. Saya merasakan seperti sayalah orang yang paling bahagia. Saat saya meninggalkan mereka ketika pulang ke asrama, saya rasa sebahagian daripada jiwaku hilang. Saya harap mereka sentiasa bahagia.. Abi umi, kakak sayang abi umi <3

Salam Maulidur Rasul

Pertama-tama dan selamanya, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, kita masih dapat hidup pada malam yang sangat mulia ini, iaitu malam hari keputeraan ibnu Aminah Muhammad SAW. 

Sempena malam yang mulia ni, sukacitalah aku untuk mengucapkan Salam Maulidur Rasul buat semua yang sedang membaca blog aku sekarang ni.. Ada bunyi macam skema tak? Malam ni nak skema jap. Hehe.

Malam ni aku nak bercerita dan citer aku agak panjang. So harap korang bersabarlah ye! Jangan tak baca pulak :P

Maulidur rasul merupakan hari bersejarah kelahiran rasul kita, Nabi Muhammad SAW. 12 Rabiul Awal  Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April  571 baginda dilahirkan. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Setiap tahun, umat Islam  di seluruh dunia akan mengadakan majlis bagi memperingati hari bersejarah ini dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. 

Sempena Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, kerajaan Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan dan antaranya ialah pertandingan pidato dan menulis khat. 

Dan apa yang paling istimewa, pada tahun ni aku ambil bahagian! Hehe. Agak-agak aku masuk apa? Pidato? Hahaha. Tak mungkin. Aku tak reti la. 

Aku masuk pertandingan khat tau! 

Soalan dia : Tulis 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah dengan menggunakan kaedah khat thuluth. Haha walaupun act aku tak pandai sangat. Sikit-sikit boleh la. Aku bukan nak masuk sangat tapi kawan aku yang bagi nama. Tapi, haaa ada tapi tau.. Tapi, aku terima kasih kat diorang sebab kalau dorang tak bagi nama aku, macam mana aku nak dapat pengalaman. Memang aku tak menang, saguhati pun tidak tapi umi aku cakap pengalaman tu yang berharga, betul kan? Aku rasa seronoooook sangat! Thankyou to all my beloved friends!!

P/s : Belajar dari pengalaman dan kesilapan supaya kita tak tersilap langkah pada masa hadapan :)

Kawan Baik Sampai Syurga !

Assalamualaikum dan Peace Yo (!) Apa Khabar Rakyat Malaysia (!)
*macam rakyat Malaysia baca*koya*

Setiap orang ada kawan baik sendiri kan ?? Aku pun ada. Aku panggil dia Anis. Ni yang aku nak citer pasal dia. Kawan yang paling aku sayang. Tapi bukan dia sorang je la.. Ramai lagi.. Cuma kali ni aku citer pasal dia okay? Bukan nak promote, tapi lebih kurang la... Hahaha.

KawanBaikSampaiMati

Selama ini ku mencari -cari
Teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Bersyukur kini padamu Illahi
Teman yang dicari selama ini
Telah ku temui

Sedap tak aku nyanyi? Boleh ganti Siti Nurhaliza tak? Hehehehe.

Nama diberi Nor Anis Zulaikha binti Zakariah dan dilahirkan pada 15 on October 19th. Sekarang bersekolah di S A M T Sultan Hisamuddin Klang (sekolah aku dulu)

Dan sifat dia yang comel gitu....

♥ Suka Senyum 

♥ Menangis (Hehe)
♥ SaynotoHypocrite 
♥ Menyakat 
♥ Keraskepala 
♥ Taksombong 
♥ LovekidsSoSoMuch
 ♥ GilaKPop
 ♥ Alwaysforgivebutnotforget
 ♥ Loveattention 
♥ LoveAllahandRasulullahsomuch
 ♥ SukajadidiriSENDIRI
♥ Yesloveisnothinglessthanterrible 

BAP + Pattinson + SuperJunior + B2ST + 2PM + ZE:A are her boyfriend(s) :)
* Ramaikannkann ? Yahhh :D

P/s: Mana gambar mana gambar? Alamak... Hehehe. Lain kali la.. Boleh kan??





Haiwan yang Paling Comel Aku Pernah Tengok !!


Assalamualaikum !! ^_^

Comel tak haiwan comel apa kat bawah tuh ? Comel kannnnnnn . Alahai cair aku dibuatnya . Haiwan yang comel super duper nih dipanggil Sugar Glider . Semanis tuannya :D Ahaaa . aku dah lama teringin nak bela haiwan kecik kecik nih . Tapi tak dapat ! Waaaa . Nak nages lah cenggini :'(


Aku ada jugak search google pasal binatang kecik nih . Rupanya Sugar Glider ni haiwan eksotik jenis gliding marsupial . Eksotik tuhh . Mesti mahal kan ?! Tapi haiwan ni takde kat Malaysia . Hanya terdapat di Australia , New Guinea dan dekat kepulauan Indonesia je . Tapi jangan risaaaaau . Kat Malaysia ni pun dia boleh hidup . Siap beranak pinak lagi tuh :D

Haiwan ni terkenal sebab dia comel dan kecik . Poket pun muat !! Gangster pun seiz geram bila tengok aksi aksi manja haiwan ini . Bayangkan lahh bila haiwan ni duduk kat bahu ke tapak tangan ke , then manja-manja . Pehhh memang tergugat ahh perasaan gangster tuhh . Dari jadi gangster boleh jadi penjaga zoo sebab suka sangat haiwan . Hikhik ^_^

Kat Malaysia pun ada jugak bela tapi tak ramai lahh sebab ini haiwan bukan dari negara nihh. Ye tak ?

Eh sugar glider ni speses ape ek ? Korang jangan silap tau ! Haiwan ni bukan spesies tupai tapi kanggaru *-*


Start Blogging ! :)

Assalamualaikum !! ^^

Ok, ini blog baru aku merangkap diari online aku. Jadi, suka hati aku nak tulis apa dalam blog ni dan silakan komen kalau ada yang korang tak puas hati. Do I care? Haha.. 

Aku tak tahu la berapa kali aku nak buat blog dan harapnya ini yang terakhir. Hehe. 
Sori sangat sangat kalau blog aku ni agak bosan sebab aku ni bukannya reti sangat nak berkata-kata macam orang lain..

Alhamdulillah, setakat ni aku ada lebih dari 5 blog yang terbengkalai. Kehkehkeh... Entah la, aku rasa banyak tak puas hati dengan blog aku sendiri.. Dok tahu bakpe.. Korang tolong doakan aku eh? Supaya aku setia dengan blog ni.. Hehe.

Korang tahu bila blog ni dilahirkan? Dilahirkan? So skema! Dah campur campur dah bahasa aku. Biar ahh.. Blog ni baru saja dibuat semalam iaitu pada hari Selasa bersamaan 8 Januari 2012.. Haaa, ada sama dengan birthday sesiapa ke? Hehehe. Kalau ada bagi la tau.. Kot-kot ada orang nak bagi hadiah ke kan?

Actually, aku start berblogging sejak aku sekolah rendah tapi hehe.. Masa tu, kalau siapa ada blog meme la.. Memang hebat.. Tapi kalau ada saje tapi tak ngapdet buat ape kan? *Aku laa tu hee...

K, sampai sini je la hari ni cerita aku. Bye! - K -