Pages

Bersahabatlah dengan Al-Quran

Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya : "Al-Quran lebih disukai oleh Allah dari langit dan bumi dan segala isinya." 

Lihatlah betapa tinggi al-Quran di sisi Allah sehingga lebih istimewa daripada segala keindahan yang lain.

Jesteru, bagaimana sikap kita dengan al-Quran?

Rasulullah sangat menyukai para sahabatnya membaca al-Quran dan menggalakkan mereka dan kita semua umatnya agar memastikan dan memelihara rutin membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai makanan jiwa dan penguat serta menajamkan fikiran baginda. Ternyata al-Quran sangat memberi kesan kepada baginda. Baginda bukan sekadar membacanya dengan tenang, perlahan dan diselubungi kesedihan namun Baginda berusaha memahami dan merealisasikan perintah Allah dalam kehidupan.

Al-Quran ialah jalan keluar bagi segala masalah ini bertepatan dengan mafhum hadis Baginda s.a.w: "Rasulullah berkata kepada sahabat pada suatu hari: 'Akan berlaku fitnah.' Sahabat bertanya: 'Apakah jalan keluar daripadanya?' Nabi berkata: 'Kitabullah'.

Nota Hati : Bulatkan tekad dan kuatkan azam untuk menjadikan al-Quran sebagai teman sejati.. :)

Kuasa senyum

Senyuman adalah sebuah sihir yang halal. Isyarat untuk menjalinkan persaudaraan, mukadimah bagi hati yang bersih serta risalah cinta dan kasih sayang. Senyuman mampu meleburkan batu keras kedengkian dan memadam api permusuhan. Senyuman juga mampu melepaskan tali kebencian, mengusir bisikan kedengkian, membersihkan kotoran kebencian dan mampu menghapus luka dalam hubungan bersaudara.

Hari yang sungguh indah :)

Saya tak tahu macam mana nak cakap.. Saya rasa, sangat bertuah memiliki abi dan umi. Betapa bahagianya saya bila saya melihat senyum dan tawa mereka.. Betapa manisnya kenangan tu bila bersama mereka. Entah la, saya harap saya akan hidup selamanya dengan mereka. Setiap hari, setiap masa, saya selalu minta dicium dan dipeluk daripada ibubapa saya. Saya merasakan seperti sayalah orang yang paling bahagia. Saat saya meninggalkan mereka ketika pulang ke asrama, saya rasa sebahagian daripada jiwaku hilang. Saya harap mereka sentiasa bahagia.. Abi umi, kakak sayang abi umi <3