7 April 2013
24 Jamadilawal 1434 H
Hari Ahad
24 Jamadilawal 1434 H
Hari Ahad
Bukannya senang mencari sahabat yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.
Sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya, sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya, sebaliknya sahabat yang baiklah paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.
Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, sahabat yang baik adalah orang yang menasihati sahabat baiknya membuat kebajikan.
Sahabat yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila sedih dan gembira, sahabat yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan,sahabat yang baik tidak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Sahabat yang baik tahu apa yang terbaik untuk sahabat baiknya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk sahabat baiknya di dunia dan di akhirat.
Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna, kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak menghargai sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya..
Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan selalu menyampaikan perkara baik kepada sahabat baiknya..
Sahabat yang baik akan memanjang naskhah ini kepada sahabat-sahabat bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suki tetapi untuk menjadikan pedoman untuk sahabat-sahabatnya supaya dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baiknya..
dan kalau kita nak sahabat yang baik, kita mesti lebih baik dahulu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita...
dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik dan mendapat sahabat baik yang baik... InsyaAllah <3
shabat baik? susah nk ckp,,
ReplyDeletejom join
ReplyDeletehttp://bondaqalish.blogspot.com/2013/04/big-giveaway-idola-saya-by-nurul.html
nak cari sahabat yang baik.. kita kena jadi sahabat yang baik jugak.. apa yang kita beri InsyaAllah kita akan dapat semula :) nice entry pasal sahabat nie.. sekarang sahabat susah nak cari kan?
ReplyDeletetapi time senang sahabat tahu siapa kita. bila susah kita tahu siapa sahabat kita. :(. sedey sahabat entah hilang kemana.
ReplyDelete