Kadang-kadang, dalam hidup ini kita akan berdepan dengan orang yang sukar bertoleransi atau tidak memahami cara kita. Setiap orang mempunyai cara yang berbeza dalam melakukan sesuatu, dan kita tidak boleh marah atau mengharapkan mereka untuk mengikut cara kita sepenuhnya.
Benda macam ini memang boleh memberi kesan yang mendalam, terutamanya bila kita sudah cuba bercakap dengan baik tetapi masih tidak difahami. Emosi kita boleh menjadi kacau bilau, dan usaha untuk kekal positif boleh terganggu. Tetapi itulah kehidupan, kan? Tidak semua orang akan mengikuti cara yang kita harapkan.
Mungkin ini adalah salah satu ujian dari Allah untuk kita, tetapi bukan semua yang berlaku itu buruk. Boleh jadi ini adalah persediaan untuk menghadapi ujian yang lebih besar di masa hadapan. Bila fikiran seperti ini datang, saya cuba untuk bertenang dan mengingatkan diri sendiri tentang apa yang Allah suruh dan suka.
Siapa kata hati tidak sakit? Kadang-kadang kita rasa nak berubah mengikut rentak orang yang tidak bertoleransi, tetapi adakah itu akan merubah keadaan? Tentulah tidak. Apa yang kita boleh buat adalah terus berfikir dan bertindak mengikut apa yang Allah redhai. InshaAllah, segala-galanya akan menjadi lebih baik.
Nota Hati: Kepada sesiapa yang sedang menghadapi situasi yang sama, ingatlah bahawa setiap ujian adalah peluang untuk kita memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah. Stay strong, dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi segala cabaran dengan hati yang tenang dan penuh kesyukuran.
Lot of Love, Asiah.
No comments :
Post a Comment