15 Januari 2017
Ahad
Assalamualaikum ♥
Daurah ini akan diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu tepat jam 2.35 petang. Dan semalam merupakan pertemuan yang ke-empat. Disebabkan ini adalah daurah marathon makanya hanya ada enam sesi sahaja. Kalau korang berminat nak tengok ulangan daurah boleh ke facebook MPP IQT.
Nasib ada Mekya. Memang niat nak pergi, tapi tu lah iman tak kuat. Syaitan dah hasut sikit, dah rebah. Macam mana nak berjuang? =,='
Semalam agak tak bernasib baik sebab kitorang sampai bilik seminar (tempat daurah) dah pukul 2.45 petang! Sampai je depan pintu, tak berani nak masuk. Takut la, malu la. Haihhh ada ada je kitorang ni. Alamatnya mencangkung la dengar syarahan ustaz dari luar. Aku duduk bilik seminar sebelah, dengar hawa-hawa je. Tapi alhamdulillah, Allah tak sia-siakan niat suci murni kitorang gigh nak pergi daurah. Ada dua orang lagi junior diploma yang baru sampai. Terima kasih Afiqah dan Izyani :)
Bertapa la kitorang dalam tu dari pukul 3 -5 petang. Dan alhamdulillah, ada pengisian kitorang dapat. InshaAllah lepas ni aku akan cuba buat shortnote dan kongsi dengan korang.
Kalau korang nak bagi aku pahala, jangan lupa follow aku ye! HAHAHA. Ok tak lawak.
Nantikan DM Abi Syuja Part II.
Sekian,
Terima kasih.
Lot of love,
Asiah Aisa.
No comments :
Post a Comment