SOCIAL MEDIA

Friday, January 13, 2017

Where My Other Older Post?

13 Januari 2017 Jumaat

Assalamualaikum ♥ Hi guys!

Baru selesai check older post. Post mana yang macam budak kepala putus fius, maka dah selamat kita kebumikan. HAHAHA. So, yang mana cari post lama tu harap maaf ye. Kalau ada yang tertinggal tu, sila abaikannn..

Tak sangka akaun blogger yang ketiga sejak 2010 ni dah menjejak tujuh tahun. Tapi tujuh tahun tiada makna kalau tak istiqamah menulis. Menulis di blog sebenarnya sedikit sebanyak membantu untuk improve skill penulisan walaupun kadang-kadang bukanlah skema sangat ayat tu macam ayat buku. Bahasa pula rojak. Gaya penulisan pun masih nampak kebudak-budakkan. Tapi kelebihan menulis di blog tetap tidak boleh dinafikan.

Bukan skill penulisan je, tetapi kemahiran berfikir turut terasah. Pada zaman teknologi canggih ini, berbagai-bagai jenis gadget seperti handphone dicipta untuk memudahkan kehidupan manusia. Manusia lebih banyak menghabiskan masa berinteraksi dengan gadget seperti menonton video, men-scroll media social, chatting, bermain pemainan video dan sebagainya. Hal ini menyebabkan otak manusia menjadi malas dan kurang kreatif. Alang-alang melekat dengan handphone, apa kata kita selang-seli aktiviti rutin dengan perkara yang lebih baik kan? Contohnya, blogging? ;)


Untuk tahun 2017, aku berazam nak jadikan blog sebagai rutin dan sebagai salah satu tempat meng-improve-kan beberapa skill seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab. Mungkin akan datang ada post yang aku akan taip dalam bahasa selain bahasa Melayu. Kalau ada kesalahan dalam bahasa, mohon diperbetulkan. 

Dalam tahun ini juga, dengan izin yang Maha Esa, ada dua tempat yang confirm bakal aku travel. Dan aku cuba tidak lepaskan dan sia-siakan peluang berkongsi pengalaman dengan korang. Kalau kita betul-betul hayati detik sepanjang perjalanan, banyak butir-butir pengajaran yang kita boleh kutip. Kan?


Untuk tidak ketahui ke mana destinasi aku, jangan lupa follow blog aku.


Sekian.
Lot of love,
Asiah.

No comments :

Post a Comment

Popular Posts