SOCIAL MEDIA

Friday, March 18, 2016

Allah's the Best Planner

18 Mac 2016
Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah tak percaya cepat betul masa berlalu. Bulan tiga pun dah nak habes. Semakin besar semakin cepat masa berlalu, kan?

Esok, dah nak balik Terengganu. Menyambung sisa exam yang masih berbaki. Tinggal empat subjek je lagi. Allahumma yassir wa la tu'assir. Ya Allah permudahkanlah segala urusanku.

Minggu lepas memang agak mengerikan aku. Exam tahriri aku, jawab entah pape je. yang boleh jawab tu, jawab laa.. Yang tak boleh tu? Ya Allah festime aku rasa susah macam tu. Tak tahu boleh lulus ke tak hmm..

Mungkin Allah nak aku lebih kuat berdoa. Mungkin juga Allah nak aku lebih rapat denganNya. Atau mungkin Allah nak aku yakin dan bertawakal sepenuh jiwa raga pelusuk tubuh. Tak pun maybe Allah nak beri pengajaran pada aku bahawa Al-Quran ni adalah untuk penjagaan seumur hidup bukan macam biskut chipsmore kejap jaga kejap lupa.

Apapun, Allah is better planner. Even if kita dapat jawab sepenuh kertas tapi Allah tak izin tak guna juga. So tugas kita adalah berusaha jadi lebih baik, pandang ke depan bukan toleh ke belakang serta bertawakal kepada Allah.

----------------------------------------------

Tadi scroll jap post blog yang lama.
Banyak jugak yang dah terhazaf hehe.

Aku tak sangka aku yang tulis semua tu. Kebudak-budakkan, tak meced, nak kata putus fius pun ada haha tergolek-golek aku gelak tengok penulisan sendiri. Harap seiring dengan pertambahan tahun maka perangai aku lebih dewasa ;) InshaAllah.. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan saya ^^

Sunday, January 24, 2016

Goals Again.

Assalamualaikum.


Buat pertama kali dlm tahun 2016 ni aku membersihkn segala hantu yg dah bersarang kat blog aku utk sekian lama. Woahhh dah tahun 2016 laaa.

Tahu tak apa maknanya? 

Umur kita semua semakin meningkat, tarikh surat jemputan ajal pun dah nak dekat. Takutnyaaaaaaa 😭

Bila teringat mati, wajib teringat amal tak cukup lagi.

-----

Semalam, terhantuk kepala pd besi penyangkut mangga bilik depan, gara-gara nak mengusik junior sanah (bkn nama real). Itu la nak 'mendajal' org sangat, last-last haa kan Tuhan dah bg woning! 

Tuhan nak kau tambah amal ler tuu.

-----

So, azam baru 2016 ni aku harap sangat mampu digapai cam omputih ckp apa? "Shoot the moon and if you fall, you fall among the star" Haa gitu la kot salah mohon betulkan 😁

Matlamat 2016

Menjadi hamba Allah dan anak yg solehah
Menambah amal utk bekalan akhirat
Apply qiamullail dan puasa sunat
Khatam sblm April 2016
Setiap subjek 4.0
Mumtaz STAM

Ni lah priority aku, mohon doakan ya :) InshaAllah jika kita mudahkan urusan manusia, pasti Allah mudahkan urusan kita. Sama sama kita usaha jd yg lebih baik ya 😉

Friday, January 2, 2015

Azam Tahun Baru Jom Berubah Menjadi Lebih Baik!

1 Januari 2015 Khamis

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah kita sudah melangkah ke tahun yang baru.. Moga tahun ini menjadi tahun yg lebih baik. Tahun 2014 dipenuhi dgn pelbagai duka bagi rakyat Malaysia. Bermula dengan kehilangan pesawat MH370 kemudian disusuli MH17 ditembak dan tidak berhenti di situ sahaja, banjir dan pesawat QZ . Takziah buat keluarga mangsa.

Zaman sekarang kan, semakin ramai yang sedar, memasing nak berdakwaah. Lebih lebih lagi adik adik yang lebih muda dariku (Malu sikit ye yg tua kpd adik adik hehehehe). Buat group usrah, buat program itu ini, macam macam lagi la.

Ok, aku rasa sangat bagus

Tapi dalam masa yang sama, apa yang aku lihat, kita ni lebih banyak meghabiskan masa. Dengan handphone, keluar ke sana ke mari. Ukhuwahh kita memamg tip top aa tapi ibadaah kita kureng mantap. Kan kan? Baca al-quran semuka sehari je. solat biasa yg wajib je, harap nak buat yang sunat sekali sekala je la kan.. Qiamulail? Setahun sekali pun mujur..
 
So?

Korang rasa apa yang perlu kita buat?

Ubah.

Yes ubaah.

Kurangkan dan lebihkan apa yang patut. Buat sesuatu jangan berlebihan dan lagho/lalai. Cari ruang utk tambah pahala dan mencari ilmu. Masa muda remaja ni la kita nak topup banyak banyak pahala dan belajar sungguh-sungguh.. Nanti bila dah dewasa, sibuk dengan pelbagai perkara.

Kita ni manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita bukan maksum tapi bukan bermakna kita perlu berada di takuk yang lama.. Ye dak? Sambil kita sampaikan walau sepotong ayat nabi, sama-sama la kita berubah menjadi yang lebih baik..

Haa harini tahun baru, jom kita berazam. InsyaAllah kita boleh, aminnnn! :)

Nota hati : "Ukhuwah tiptop, ibadah mantop." Wallahua'lam :) #notetomyself

Popular Posts