SOCIAL MEDIA

Saturday, April 13, 2013

SAMTSH : Sejarah Penubuhan


1936 
Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang atas intensif Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Shah.

1941
Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

1946 
Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah untuk pelajar perempuan dirumah Allahyarham Hj. Othman.

1947
Dengan budibicara Raja Nong, DYMM (Almarhum) Sultan Hisamuddin Alam Shah mewakafkan istana baginda Kolej Islam Sultan Alam Shah, kepada pelajar Madrasah Ahliah Uthmaniah. Madrasah tersebut ditukar nama kepada Raudhah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah Allahyarhamah Asmah Binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini. Mereka menggunakan bangunan yang sama tetapi pentadbiran yang berlainan.

1951 
Rombongan pelajar perempuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan.

1956 
Pelajar lelaki Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar "ibtidaii" (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki 1V Thanawi. Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.

1957 
Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin.

1973 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin lelaki dan perempuan ditubuhkan di bangunan Maahad Jamaah Islamiah Kampung Jawa.

1974 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).

1977 
SAMRH Sungai Bertih dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kg Jawa.


1979 
Bangunan lama SAMRH (sungai bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.

1982
Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan. Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih dan SAMTH Kampung Jawa dipisahkan.

1984 
Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam. Pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.

1987
Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah Agama Jais yang lain hingga tahun 1991.

Dis 1992 
SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.

2000 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 4.

28 Ogos 2001 
Perpindahan SAMTH dari bangunan lama ke bangunan sekarang.

2003 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki.

29 April 2010
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Jalan Kota Raja telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

 

2 comments :

Popular Posts