SOCIAL MEDIA

Sunday, January 15, 2017

Jadual Exam Semester Enam DQ 2017 Dah Keluar!

15 Januari 2017
Ahad

Assalamualaikum

Hari ini bangun pagi-pagi dah rasa nak menangis, berdebarrr berdenyut kencang T.T Semua ada tauu. Sebab buka whatsapp group dapat jadual final exam!



Dah final exam dah saya. Mohon doakan aku, semoga segalanya berjalan lancar. Aku takutttttttt T.T Inilah gaya orang last minute baru nak study. HAHAHA  Jangan ikut ye peel huduh begini.

Mesti korang tertanya-tanya apa itu TAFSIYAH kan? Tafsiyah tu peperikan ulangan Hifz al-Quran. Kitorang akan ambil peperiksaan semester 6 di Darul Quran. Sebelum ni di MTQN masing-masing ja. InshaAllah 20 Februari ni kitorang bertolak ke DQ, study week kat sana. Kalau semua lulus peperiksaan ulangan, boleh balik awal! Yeayy!

Aku ada sorang kawan di DQ. Nama dia Diana Sari. Tak tahu lah dia kenal atau ingat aku lagi ke tak. Sebab aku pindah sekolah ke Terengganu masa tingkatan empat. Malu laa kalau jumpa. Sebab diorang bagus belajar, aku ni slow sikit+banyak lagi-lagi bab menghafaz ni. Harap hati aku tak gelabah masuk dalam jantung sebab berdebar tahap taufan Katrina.

Terus rasa sakit perut bila fikir pasal exam. =,= Hmm tak lama dah akan berpisah dengan kawan-kawan. Terobek dulu dan sekarang pun tak habis lagi..

Sekian,
Terima kasih :)

Lot of love,
Asiah Aisa.

DM Abi Syuja

15 Januari 2017
Ahad

Assalamualaikum ♥ 


Hai guys! Lupa nak story semalam, kitorang (aku dan mekya) ada daurah. Daurah Marathon Matan Abi Syuja'. Disampaikan oleh junior kitorang merangkap seorang yang alim dalam ilmu agama. Ayah beliau seorang ulama' Feqah yang disegani pelajar di tempat kitorang belajar. Beliau ialah Ustaz Abdul Rahman bin Tirmizi.

Daurah ini akan diadakan setiap hari Jumaat dan Sabtu tepat jam 2.35 petang. Dan semalam merupakan pertemuan yang ke-empat. Disebabkan ini adalah daurah marathon makanya hanya ada enam sesi sahaja. Kalau korang berminat nak tengok ulangan daurah boleh ke facebook MPP IQT.

Nasib ada Mekya. Memang niat nak pergi, tapi tu lah iman tak kuat. Syaitan dah hasut sikit, dah rebah. Macam mana nak berjuang? =,='

Semalam agak tak bernasib baik sebab kitorang sampai bilik seminar (tempat daurah) dah pukul 2.45 petang! Sampai je depan pintu, tak berani nak masuk. Takut la, malu la. Haihhh ada ada je kitorang ni. Alamatnya mencangkung la dengar syarahan ustaz dari luar. Aku duduk bilik seminar sebelah, dengar hawa-hawa je. Tapi alhamdulillah, Allah tak sia-siakan niat suci murni kitorang gigh nak pergi daurah. Ada dua orang lagi junior diploma yang baru sampai. Terima kasih Afiqah dan Izyani :)

Bertapa la kitorang dalam tu dari pukul 3 -5 petang. Dan alhamdulillah, ada pengisian kitorang dapat. InshaAllah lepas ni aku akan cuba buat shortnote dan kongsi dengan korang.

Kalau korang nak bagi aku pahala, jangan lupa follow aku ye! HAHAHA. Ok tak lawak.
Nantikan DM Abi Syuja Part II.


Sekian,
Terima kasih.

Lot of love,
Asiah Aisa.

Saturday, January 14, 2017

Jadikan Kelemahan Sebagai Satu Kelebihan.

14 Januari 2017
Sabtu


Assalamualaikum 


Alhamdulillah, walaupun aku banyak kekurangan tanpa kenal kelebihan sendiri, tetapi ada satu yang aku tahu.


LUPA. 


Biasanya orang tengok LUPA ni satu kekurangan. Tapi dari satu sudut, ada kebaikan dia. Untuk aku, sangat membantu jiwa aku yang masih unstable. Haha memang agak teruk jugak tahap pelupa aku ni. Tapi tak adalah sampai tahap nyanyuk. Itu teruk sangat dah tu. Kalau ada orang yang sakitkan hati aku, kejap lagi dalam lepas 5-10 minit lupa la tu. Cuma kadang-kadang aku akan ingat balik bila orang tu cari pasal balik tapi lepas tu babai laa. HAHAHA.


-------------------------------------------------------------------


Aku ni jenis peramah yang ikut mood. Sebab tu kadang-kadang aku susah nak adapt dengan orang sekeliling. Macam kat IQ ni, masuk tahun 2017 baru aku betul-betul selesa nak reveal perangai aku yang masuk longkang tu haha. Biasanya dengan orang terdekat ja. Selain family, ada beberapa insan yang aku rapat. Diorang lah tempat aku sharing-caring-loving-buat perangai. #sahabatduniaakhirat #kawanbaiksampaisyurga


Lot of love,
Asiah.

Popular Posts