SOCIAL MEDIA

Thursday, February 6, 2014

Sahabat Sampai Syurga ^.^

Diriwayatkan, bahawa : 

Apabila penghuni Syurga telah masuk kedalam Syurga, lalu Mereka tidak menemukan sahabat2 mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di Dunia.

Mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah:
"Yaa Rabb.. 
Kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di Dunia soalat bersama kami, puasa bersama kami dan berjuang bersama kami."
Maka Allah berfirman
"Pergilah kamu ke Neraka, lalu keluarkanlah sahabat2 mu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah” 
 (HR : Ibnul Mubarak dalam kitab “Az-Zuhd”).

Al-Hasan Al-Basri berkata
Perbanyaklah sahabat2 mukminmu, kerana mereka memiliki Syafa’at pada hari Kiamat nanti”.

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat2 nya sambil menangis: 
Jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku:

"Wahai Rabb Kami.. 
Hamba-Mu si fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU. Maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu

Nota kaki : Ya Allah, aku rindu DIA. Kawan Baik Sampai Syurga ye sayang :*

No comments :

Post a Comment

Popular Posts