11 Ogos 2013
Ahad
Assalamualaikum, apa khabar semua? Dah dua bulan aku tak typing. Agal-agak ada orang rindu aku tak? Hahaha ^_^
First of all :
Aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog aku termasuklah pengunjung-pengunjung sekalian. Aku berblogging sejak umur aku tingkatan satu (waktu tak berapa serius lagi, hehe), kira-kira dah hampir 5 tahun kan? Di sini, aku memohon seribu kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala kesilapan, kesalahan, kekasaran berbicara yang mungkin telah mengguris hati dan perasaan sesetengah pihak termasuklah pembaca setia blog aku *okay, perasan kot hihihihi*
K, sebab dah lama tak typing so aku tak tahu nak cakap apaaaaaaaaa... Korang ada idea? Ada idea mai la kita berkongsi :) Sharing is caring, right??
Cerita pasal hari raya, memang sangat-saaaaaaaaangat meriah. Dua-dua kampung. Tapi act sebelum raya, aku memang taknak beraya? Why? Entah la. Dulu masa kecik-kecik, dengar esok nak raya, haaaaaaaappy sangat. Dan tak sabar kot nak kumpul duit raya. But, bila dah mengnjak umur 17 ni (Opppss dah tua xP) rasa macam sedih sebab ramadhan will leave me.....
Sedar tak sedar, hari ni dah hari raya ke-4. Siapa yang dah start puasa enam? Kalau dah, alhamdulillah. Kalau belum, jangan sampai terlepas peluang keemasan ni tau! Banyak pahala dan ganjarannya :)
Nota kaki : Aku tertanya-tanya, adakah aku seperti aku di bulan puasa? Adakah aku masih mengingati-Nya atau aku hanya sibuk mencari keseronokan dunia?