SOCIAL MEDIA

Sunday, April 21, 2013

Dapat Basikal dari SHELL!

21 April 2013
Ahad


Assalamualaikum ^_^

Waaaahhhhhhhhhhhhhhhh !! Aku dapat basikal baru . Fuyyo bukan senang nak dapat yang orang lain bagi . Terutama dari someone yang bukan parent kita , tak gitu ? Hee ...


Actually tadi aku baru lepas selongkar gambar-gambar lama , terjumpa lah gambar di bawah ini :-


Gambar ni yang mengingatkan satu moment penting dalam hidup aku , macam kenangan indah gitu .. Basikal itu dan juga orang yang berada di atas basikal itu ... ehh , tu bukan aku . Siapa ek ? Ha , tu kawan-kawan aku masa aku di menengah rendah dan aku sekarang dah menengah tinggi ! Time form 2 , budak-budak lagi . sekejap betul masa berlalu . Rasa semalam je baru berlaku kan :D

Mesti korang nak tahu macam mana aku dapat basikal ni dan sape yang bagi kan ? #koya XD

Tajuk entri ni pun dah bagitau 'Dapat Basikal dari SHELL' :) Masa aku tingkatan dua, aku join satu pertandingan wakil daerah klang . Pertandingan Lalu Lintas . Lebih kurang macam tu la namanya . Pertandingan tu banyak kategori ; Pedal Car , Basikal , Pejalan Kaki , Ujian Bertulis . Aku masuk kategori pejalan kaki je XD Lawakkan ? Pertandingan tu lebih kurang dua hari jugak . Hari pertama trial . Hari kedua betul-betul . Bahagian aku , kena jalan ke checkpoint yang telah ditetapkan mengikut panduan yang telah diberi . Sampai kat checkpoint , kena jawab soalan . Sebelum pertandingan tu , aku dah khatam buku panduan orang amek lesen kereta , sungguh bersemangat ! Maybe sebab tu aku boleh menang , hee ...

Aku sungguh sungguh sungguh tak sangka menang . Tak bermimpi langsung . Masa umum pemenang , aku dengar tempat saguhati je , bila takde nama aku , aku pun pejam mata . Seiz penat giler mase tu ! Bila pengerusi majlis kata , "Tempat pertama , W** N** Asiah bla bla bla.." Ha ? Aku ke ? Hahaha pengalaman betul . Alhamdulillah :)


P/s : Setiap manusia pasti ada pengalaman manis dan pahit . Jadikan pengalaman itu sebagai satu cabaran supaya kita menjadi manusia yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang :) KLIK INI jika anda baik hati :D 

Saturday, April 13, 2013

SAMTSH : Sejarah Penubuhan


1936 
Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang atas intensif Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Shah.

1941
Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

1946 
Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah untuk pelajar perempuan dirumah Allahyarham Hj. Othman.

1947
Dengan budibicara Raja Nong, DYMM (Almarhum) Sultan Hisamuddin Alam Shah mewakafkan istana baginda Kolej Islam Sultan Alam Shah, kepada pelajar Madrasah Ahliah Uthmaniah. Madrasah tersebut ditukar nama kepada Raudhah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah Allahyarhamah Asmah Binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini. Mereka menggunakan bangunan yang sama tetapi pentadbiran yang berlainan.

1951 
Rombongan pelajar perempuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan.

1956 
Pelajar lelaki Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar "ibtidaii" (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki 1V Thanawi. Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.

1957 
Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru di Sungai Bertih dan bertukar nama kepada Maahad Hisamuddin.

1973 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin lelaki dan perempuan ditubuhkan di bangunan Maahad Jamaah Islamiah Kampung Jawa.

1974 
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan ditukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku
Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).

1977 
SAMRH Sungai Bertih dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kg Jawa.


1979 
Bangunan lama SAMRH (sungai bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.

1982
Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan. Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih dan SAMTH Kampung Jawa dipisahkan.

1984 
Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di peringkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam. Pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.

1987
Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah Agama Jais yang lain hingga tahun 1991.

Dis 1992 
SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.

2000 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki tingkatan 1 dan 4.

28 Ogos 2001 
Perpindahan SAMTH dari bangunan lama ke bangunan sekarang.

2003 
SAMTH menerima semula kemasukan pelajar lelaki.

29 April 2010
Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH), Jalan Kota Raja telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj

 

Sunday, April 7, 2013

Sahabat yang Baik

7 April 2013
24 Jamadilawal 1434 H
Hari Ahad

Bukannya senang mencari sahabat yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi sahabat yang baik.

Sahabat yang baik tak pernah mengumpat di belakang sahabat baiknya, sahabat yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan sahabat baiknya, sebaliknya sahabat yang baiklah paling banyak membantu sahabat baiknya untuk mencapai kejayaan.

Sahabat yang baik tak pernah mempengaruhi sahabat baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia, sahabat yang baik adalah orang yang menasihati sahabat baiknya membuat kebajikan.

Sahabat yang baik adalah orang yang pertama yang akan dicari bila sedih dan gembira, sahabat yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan,sahabat yang baik tidak pernah memaksa sahabat baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.

Sahabat yang baik tahu apa yang terbaik untuk sahabat baiknya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sahabatnya, sahabat yang baik sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan untuk sahabat baiknya di dunia dan di akhirat.

Kita adalah sahabat yang baik jika kita faham bahawa sahabat kita bukanlah seorang yang sempurna, kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak menghargai sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan sentiasa menghargai sahabat baiknya..

Kita bukanlah sahabat yang baik jika kita tak memberitahu perkara yang baik kepada sahabat baik kita kerana sahabat yang baik akan selalu menyampaikan perkara baik kepada sahabat baiknya..

Sahabat yang baik akan memanjang naskhah ini kepada sahabat-sahabat bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suki tetapi untuk menjadikan pedoman untuk sahabat-sahabatnya supaya dapat menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baiknya..

dan kalau kita nak sahabat yang baik, kita mesti lebih baik dahulu menjadi sahabat yang baik kepada sahabat baik kita...

dan semoga kita menjadi sahabat baik yang baik dan mendapat sahabat baik yang baik... InsyaAllah <3 

Popular Posts