1 Januari 2015 Khamis
Assalamualaikum semua!
Alhamdulillah kita sudah
melangkah ke tahun yang baru.. Moga tahun ini menjadi tahun yg lebih baik.
Tahun 2014 dipenuhi dgn pelbagai duka bagi rakyat Malaysia. Bermula dengan
kehilangan pesawat MH370 kemudian disusuli MH17 ditembak dan tidak berhenti di situ
sahaja, banjir dan pesawat QZ . Takziah buat keluarga mangsa.
Zaman sekarang kan, semakin
ramai yang sedar, memasing nak berdakwaah. Lebih lebih lagi adik adik yang
lebih muda dariku (Malu sikit ye yg tua kpd adik adik hehehehe). Buat group
usrah, buat program itu ini, macam macam lagi la.
Ok, aku rasa sangat bagus
Tapi dalam masa yang sama, apa
yang aku lihat, kita ni lebih banyak meghabiskan masa. Dengan handphone, keluar
ke sana ke mari. Ukhuwahh kita memamg tip top aa tapi ibadaah kita kureng mantap.
Kan kan? Baca al-quran semuka sehari je. solat biasa yg wajib je, harap nak
buat yang sunat sekali sekala je la kan.. Qiamulail? Setahun sekali pun mujur..
So?
Korang rasa apa yang perlu kita
buat?
Ubah.
Yes ubaah.
Kurangkan dan lebihkan apa yang
patut. Buat sesuatu jangan berlebihan dan lagho/lalai. Cari ruang utk tambah
pahala dan mencari ilmu. Masa muda remaja ni la kita nak topup banyak banyak
pahala dan belajar sungguh-sungguh.. Nanti bila dah dewasa, sibuk dengan
pelbagai perkara.
Kita ni manusia memang tak
terlepas daripada melakukan kesilapan. Kita bukan maksum tapi bukan bermakna
kita perlu berada di takuk yang lama.. Ye dak? Sambil kita sampaikan walau
sepotong ayat nabi, sama-sama la kita berubah menjadi yang lebih baik..
Haa harini tahun baru, jom kita
berazam. InsyaAllah kita boleh, aminnnn! :)
Nota hati : "Ukhuwah tiptop, ibadah
mantop." Wallahua'lam :) #notetomyself